Tular video Alya Iman pakai baju pengantin, sekali tuan badan tampil dedah status diri

PELAKON Alya Iman menyangkal dakwaan sudah mendirikan rumah tangga susulan perkongsian terbaharu di Instagram miliknya yang memperlihatkan dia mengenakan busana pengantin. Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 22, sebaliknya berkata, hantaran itu berkaitan dengan sebuah kempen jenama dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. “Saya sekadar suka-suka kongsi gambar tersebut.

“Saya harap orang ramai jangan mudah buat spekulasi atau cepat percaya dengan satu perkongsian sahaja di media sosial,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.Sebelum ini, pelakon itu menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikutnya di Instagram susulan hantaran berkenaan kerana ramai menyangka Alya sudah mendirikan rumah tangga. Enggan mengambil serius tanggapan orang ramai, Alya berkata, dia lazimnya hanya akan berkongsi tentang urusan kerja sahaja di laman sosial miliknya. “Biasanya saya akan kongsi berkaitan hal kerja sahaja. Biarlah orang nak kata apa pun… Nanti saya akan jelaskan lebih lanjut tentang kempen tersebut,” ujarnya.

Sementara itu ditanya tentang status terkini, Alya secara ringkas memberitahu hatinya masih belum berpunya. “Saya masih single,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.