Beberapa hari yang lalu, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikritik warganet selepas memilih isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model terbaharu bagi tudung dan gincu jenamanya. Susulan itu, ramai yang menyuarakan keinginan untuk memboikot produk berkenaan dan tidak lagi mahu mengikuti Aliff Syukri di Instagram (IG). Terbaharu, Aliff Syukri atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, tampil menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak menyokong mana-mana pihak sama ada Ira ataupun bekas madunya, Puteri Sarah Liyana. Klik sini untuk lihat video.
Ia susulan ada pengikutnya yang bertanya mengapa memilih Ira berbanding Puteri Sarah sebagai model terbaharu bagi produknya itu. “Eh hello? Saya ni tak sokong mana-mana. Saya tak sokong Ira dan saya juga tak sokong Puteri Sarah. Dan kalau korang nak tahu saya pernah ambil Puteri Sarah sebagai model tudung saya.” Menurut bapa kepada lima orang anak itu, dia hanya mahu fokus dalam urusan perniagaannya tanpa mahu ikut campur dengan urusan peribadi orang lain. “Jangan pula kata saya sokong Puteri Sarah lah, saya sokong Ira Kazar sebab saya tak sokong mana-mana ya?
Saya hanya fokus untuk perniagaan saya sahaja. Jadi awak semua janganlah boikot saya, janganlah tak beli produk saya.” Dalam pada itu, Aliff turut berharap agar dirinya tidak lagi menerima kritikan dan mendoakan yang terbaik buat Ira dan Puteri Sarah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.