Juliana Evans Kongsi Wajah Bayi Kedua, Sekali peminat komen ini

Umum mengetahui pelakon, Che Puan Juliana Evans telah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada Jun lalu. Selamat menimang cahaya mata kedua sejak sebulan setengah , Juliana Evans menerusi hantaran di Instagram, dilihat berkongsi beberapa foto kedua-dua anaknya serta menyatakan bahawa kehidupan sebagai ibu telah membuat dirinya menjadi seorang yang multi-tasking.

Biarpun masih belum mengumumkan nama serta jantina cahaya mata keduanya itu, perkongsian Che Puan Juliana Evans di Instagram telah membuatkan peminat rasa tidak keruan melihat wajah bayi kedua pelakon ini yang terlalu comel, malah ramai menyamakan wajah bayi comel itu mirip seperti ibunya.

Sekadar info, Che Puan Juliana Evans telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. Tengku Shariffuddin merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.