Sebelum ni masing masing buka aib, kali ni Anju dan bekas tunang dah berbaik siap boleh keluar bersama

Awal tahun 2023, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie pernah berkongsi momen bahagia apabila bertunang dengan usahawan dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey. Akan tetapi, tali pertunangan mereka bertahan beberapa minggu sahaja apabila masing-masing saling membuka aib di media sosial sehingga hubungan tersebut putus. Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Datuk Seri Khazrul Elzey di TikTok, dia telah memuat naik momen mesra dengan Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju dalam satu pertemuan baru-baru ini. Menerusi kapsyen yang disertakan, lelaki berkenaan secara berseloroh meminta agar Anju bergerak lebih cepat dan jika lambat terpaksa dia tinggalkan selebriti berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul. “Cepatlah I tunggu dah ni. You lambat I tinggal. Tq jumpa kita ok,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya tentang status hubungan mereka sama ada sekadar kawan atau sudah berbaik-baik semula. Walaupun ada di antara warganet yang memerli usahawan berkenaan dan Anju dengan pelbagai kisah lampau, namun kebanyakan daripada mereka tetap mendoakan supaya pasangan tersebut berjodoh semula.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.