Inisiatif kredit e-tunai kepada rakyat dewasa dilaksana suku keempat tahun ini

Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Kementerian itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bantuan e-tunai itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40. la akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri, ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40. Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.