Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @eznators yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 797 ribu, tanda suka sebanyak 60 ribu dan komen hampir 4 ratus.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri dan Syamel menjadi penyampai hadiah semasa di anugerah tiktok. Syamel sempat menyanyikan satu rangkap lagu sebelum dihentikan oleh Ernie Zakri. Lagu tersebut merupakan lagu trending di tiktok abang tesla yang berkahwin 2 dan lagu yang sangat ditakuti oleh para isteri.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut