Luna Maya Bahagia Bersama Kekasih sebelas Tahun Lebih Muda darinya

Lama sudah peminat di Malaysia tidak mendengar khabar terbaru dari pelakon Luna Maya! Pelakon yang memegang watak Suzanna dalam filem seram Suzanna: Malam Jumat Kliwon itu baru sahaja memasuki usia 40 tahun. Luna Maya menyambut hari lahirnya di Casablanca, Maghribi.

Dalam detik istimewa itu, Luna Maya memuat naik detik menukar usianya daripada 39 kepada 40 tahun dengan video Reels di Instagram. Luna Maya kelihatan menghitung detik hari lahirnya sambil membawa kek dengan satu lilin.

Luna Maya meluahkan perasaan gembira dan bertuah dalam hidupnya. Dia juga mengakui menghargai setiap pengalaman, pengajaran, dan detik yang dilalui dalam hidupnya sejak 40 tahun lalu.

Usia 40 tahun membuatkan kekasih kepada jejaka kacak Maxime Bouttier ini turut merenung segala cabaran yang dihadapinya selama ini. Dia juga berasa bersyukur kerana dapat menghadapi segala-galanya pada tahun lalu.Maxime Bouttier sebenarnya bukanlah nama asing dalam dunia hiburan Indonesia. Maxime Bouttier yang berusia 29 tahun ialah seorang pelakon Indonesia berketurunan Perancis.