WALAUPUN berasal dari Singapura, namun Hisham Hamid, 38, boleh dikatakan sudah berjaya menempa nama sebagai pelakon dikenali di Malaysia. Apatah lagi, dia sudah menetap di negara ini selama sedekad.
Dalam tempoh itu, semestinya suami dan bapa kepada dua anak ini lebih banyak ‘berjauhan’ daripada keluarga tercinta yang menetap di seberang tambak demi mengejar impian dalam tuntutan karier seninya.
Malah, Hisham juga pernah ‘terkurung’ lebih setahun di negara ini ketika penularan Covid-19 lalu, sekali gus menghalangnya pulang ke negara kelahiran. Namun, dia bersyukur kerana isteri, Rosmawati Hanafi atau mesra disapa Melrose sangat memahami.
Bersua dengannya dalam satu acara hiburan baru-baru ini, Hisham berkata, selama 10 tahun dia menetap dan bekerja di sini, keadaan rumah tangga dan hubungannya dengan isteri tidak pernah bermasalah dan mereka bahagia
Walaupun saya di Malaysia dan isteri bersama anak-anak pula tinggal di Singapura, tapi setakat ini hubungan kami sekeluarga baik-baik saja. Malah, isteri juga yang menguruskan kerjaya seni saya. Sebenarnya apabila saya dikaitkan rapat dengan rakan pelakon wanita yang bekerjasama, rasanya kami cukup profesional. Kami saling berbaik atas dasar kerja semata-mata dan tidak lebih dari itu,” katanya.
Menurut Hisham lagi, perhubungan jarak jauh antaranya dan isteri selama ini tidak pernah berkalu masalah. Katanya, Melrose adalah pasangan yang sangat memahami dan amat menyokongnya.
Dia (isteri) yang faham cara saya bekerja. Bila ‘shooting’ (penggambaran) sebab nak pergi makan dengan rakan pelakon lain pun saya sangat jarang. Biasanya, lepas kerja saya fikir nak balik rumah, nak rehat dan habiskan masa dengan keluarga.
Alhamdulillah dah 10 tahun pun dan tak pernah lagi jadi masalah antara kami. Bahkan, saya lebih selesa dan memilih meluangkan masa dengan anak-anak yang semakin membesar sekarang.
“Sebagai bapa, saya tahu perlu beri lebih perhatian kepada anak-anak kerana zaman penuh teknologi sekarang tidak sama macam dulu. Kini, anak-anak sangat memerlukan perhatian daripada ibu bapa selain kasih sayang,” katanya. Ditanya perasaannya apabila pada ketika ini melihat ramai pasangan selebriti berdepan kemelut rumah tangga sehingga bercerai, Hisham berkata, dia juga bimbang dan takut dengan situasi terbabit.
Rasa kebimbangan itu sudah tentu ada. Apatah lagi, bila tengok ia berlaku dalam kalangan kawan-kawan selebriti yang perlu melalui fasa sangat berat dan sukar dalam kehidupan atau rumah tangga mereka. Rasa kasihan dan takut bercampur baur. Malah, perasaan takut itu lagi lebih dirasakan sebab kita kalau nak diuji oleh Allah bila-bila masa. Tambah pula, kita yang berada dalam industri hiburan ini. Dugaannya kiri kanan, atas bawah memang selalu akan ada.
Jadi, langkah terbaik antara pasangan ialah kena ada rasa kepercayaan antara satu sama lain dan banyakkan berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan dalam pelbagai aspek,” katanya. Hisham bertemu jodoh dengan Melrose pada 2006. Hasil perkongsian hidup itu selama 17 tahun itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.
Kalau sebelum ini Hisham sering disogokkan dengan watak hero yang romantik, kini dia sudah mula mendapat tawaran pelbagai watak termasuk menjadi antagonis atau jahat. Ia boleh dianggap satu pencapaian terbaik juga. Alhamdulillah, sekarang saya sudah mendapat kepercayaan daripada pengarah untuk melakonkan pelbagai watak. Saya boleh jadi antagonis, boleh juga melakonkan watak orang kurang upaya dan sebagainya.
Secara tidak langsung, saya melihat peningkatan graf lakonan amat positif. Tidak lagi hanya terikat untuk watak hero yang romantik saja. Saya gembira dan teruja melakonkan watak antagonis. Boleh dikatakan tahun lalu, saya mendapat banyak peluang berlakon watak yang pelbagai. Justeru, sedikit sebanyak ia membuatkan saya berasa puas untuk pencapaian diri sendiri. Saya jadi lebih bersemangat dan komited,” katanya.
Berbicara mengenai anugerah, Hisham berkata, ia bergantung kepada rezeki seseorang itu juga. Katanya, dia cukup seronok sekiranya watak dilakonkan diterima penonton. Bukan mudah untuk kita sebagai pelakon ini memuaskan penonton. Jadi, apabila lakonan saya mendapat komen yang pelbagai, saya menerima dengan hati terbuka,” katanya.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.