Ini luahan Altimet ketika ditanya perasaannya mewakili Pakatan Harapan

Saya berasa terharu dan bersemangat serta bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini,” kata penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet ketika ditanya perasaannya yang mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman AlHadad, 45, dihubungi berkata, sebagai persediaan, pihaknya juga meningkatkan usaha berkempen dengan melawat kawasan dan komuniti yang perlu di sentuh semula. Pihak kami juga menyiapkan jentera untuk menolong pengundi di kawasan terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Di tanya mengenai pencabarnya yang juga calon dari Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin pula, kata Altimet, dia menganggap semua saingan dalam setiap pertandingan itu sengit.

Saya sempat berbual dengannya (Sharifah Haslizah) dan pada pandangan saya beliau orang yang baik,” katanya.  Bagaimanapun, kata Altimet, dia tidak mahu berjanji dan dijanjikan dengan bulan serta bintang jika kemenangan berpihak padanya serta dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya pada PRN nanti.

Apa yang saya boleh janjikan  ialah usaha sebanyak 150 peratus dari saya dan pasukan. Hasil dari usaha itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T,” katanya. Sementara itu, Altimet turut menitipkan pesanan buat semua pengundi untuk membuat kajian mengenai setiap calon terlebih dulu sebelum membuat keputusan (memilih).

Semak status dan lokasi mengundi kerana ada yang sudah berubah tempat.  Nasihat saya kepada pengundi kawasan Ampang dan Selangor untuk keluar mengundi lebih awal.  Jangan lupa bawa topi dan payung kerana bimbang dengan cuaca panas ketika menunggu giliran,” katanya.

Terdahulu, Altimet juga dilantik sebagai Ketua Cabang PKR pada tahun lalu. Kerusi Dun Lembah Jaya juga menyaksikan pertarungan satu lawan satu apabila Altimet yang juga Ketua Cabang PKR kawasan Ampang mewakili PH berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslizah yang juga Ketua Penerangan Pas Ampang.

Untuk rekod, Altimet pernah mengumumkan dirinya sudah bersara dari bidang nyanyian kerana mahu memberi fokus pada bidang politik sebelum ini. Kali terakhir dia mengadakan konsert pada 2019.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.