Bukan batalkan majlis saat saat akhir, ini pula penjelasan dari individu yang uruskan jemputan tetamu majlis Syafiq Kyle dan Mimi Lana

MAJLIS pernikahan pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana berkemungkinan akan diteruskan pada satu tarikh yang masih belum ditetapkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Hospitaliti, Weddie iaitu Mizwan yang bertanggungjawab menguruskan jemputan tetamu majlis pasangan berkenaan. “Kami masih lagi terlibat. Buat masa sekarang kami menunggu keputusan keluarga kedua-dua belah pihak untuk maklumat lanjut. “Jika sudah ada tarikh baru, kami akan umumkan seperti mana jemputan dilakukan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam pada itu, Mizwan berkata, pembatalan majlis yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini di Puncak Rimba, Bentong, Pahang bukan dibuat pada saat-saat akhir. Sebaliknya kata Mizwan, pihaknya ada berbincang dengan Syafiq dan Mimi sebelum bertindak menghantar mesej pemberitahuan pembatalan kepada tetamu jemputan pada Jumaat lalu. Enggan memperincikan punca sebenar di sebalik pembatalan itu, Mizwan sebaliknya meminta peminat tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung hal berkenaan.”Kita tidak boleh cerita secara terperinci, namun apa yang boleh saya katakan ia bukan terjadi begitu sahaja. Berlaku perbincangan sebelum kami dapat keputusan akhir.

“Apa yang boleh saya katakan tiada sebarang tanda negatif. Kita juga tidak boleh buat spekulasi dan elok tunggu sahaja keputusan mereka,” ujarnya. Sementara itu, Mizwan turut memuji sikap dan kerjasama baik yang ditunjukkan oleh Syafiq dan Mimi yang bertungkus lumus menguruskan majlis mereka meskipun membatalkan perancangan berkahwin pada 18 Ogos. Jelasnya, pihak Weddie juga tidak mengalami sebarang kerugian susulan pembatalan majlis itu dan menyifatkan pasangan itu sangat bertanggungjawab dalam setiap keputusan dibuat.

“Kami tidak mengalami sebarang kerugian susulan pembatalan majlis itu. Syafiq dan Mimi menguruskan dengan baik. Mereka sangat bertanggungjawab. Hanya keadaan kurang mengizinkan buat masa sekarang. “Mereka mahukan yang terbaik untuk perkahwinan ini. Baik untuk keluarga dan juga peminat,” jelasnya. Pada Jumaat lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita pembatalan majlis nikah pasangan itu yang kemudian mengundang pelbagai spekulasi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.