Che Ta bengang ada kelab peminat yang jaja cerita pasal rumahtangga dia, tak boleh berdiam ini pula respon Wafariena

PELAKON Wafariena menjelaskan dia tidak ada kena mengena berhubung sebaran fitnah terhadap pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang menggunakan nama kelab peminatnya di Facebook. Wafariena atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia mengetahui namanya menjadi sebutan selepas salah seorang ahli keluarganya berkongsi tentang hantaran yang dibuat Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pada Jumaat. Katanya, akaun tersebut bukan kelab peminatnya sebaliknya hanya mempunyai satu kelab peminat iaitu Wafariena Ranger yang diuruskan oleh ahli keluarganya. “Saya tahu perkara itu selepas ahli keluarga hantar posting Che Ta dalam kumpulan sembang keluarga kami.

“Masa dapat itu saya cakap dekat semua agar buat tak tahu sahaja sebab bukan saya yang buat tapi orang lain. Saya pun fan club cuma ada satu sahaja iaitu Wafariena Ranger. Itu pun kakak saya yang uruskan. Demi Allah bukan saya!,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wafariena memberitahu ini bukan kali pertama namanya tercemar disebabkan pihak tidak bertanggungjawab. Jelasnya, dia juga pernah membuat laporan mengenai perkara itu namun masih ada pihak menggunakan namanya.

“Ini bukan kali pertama, banyak kali dah melibatkan fans club yang bukan saya punya. Saya pun dah banyak kali buat laporan mengenai perkara itu. Bukan dekat Facebook sahaja tetapi Instagram dan TikTok pun ada,” katanya. Dalam pada itu, Wafa berkata dia percaya Che Ta dan juga peminat aktres tersebut mengetahui laman tersebut bukan miliknya. Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu Instagram Wafa, dia telah memuat naik beberapa akaun yang dipercayai palsu menggunakan namanya demi kepentingan peribadi. “Itu nanti saya akan bincang dengan pengurus saya… sebab benda ini baru lagi.

“Lagipun tengok komen dalam itu macam tahu yang itu sekadar scmmr sahaja yang menggunakan nama artis untuk benda tak baik,” ujarnya. Sebelum ini, Che Ta meluahkan rasa kesal apabila terdapat tuduhan rumah tangganya bersama suami didakwa sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik Facebook Wafariena Fans Club. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.