Cik B buat kejutan hadiahkan Ds Vida kereta baru, sekali dia sendiri terkejut bila tengok benda ni jadi

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah berkongsi momen gembira apabila menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru. Menerusi perkongsian Cik B di media sosial, dia telah membuat kejutan kepada Dato’ Seri Vida atau DSV dengan mengajak ibunya untuk keluar bersama-sama sebelum menunjukkan sebuah kereta di hadapan rumah mereka. Walaupun banyak halangan-halangan kecil yang menggangu kelancaran kejutan kereta buat DSV, namun Cik B akhirnya berjaya membuatkan usahawan itu tergamam apabila dihadiahkan kereta oleh anak tersayang. Klik sini untuk lihat video.

Namun, ada juga momen lucu apabila Cik B sendiri terkejut dengan riben yang diletakkan di kerusi pemandu kerana biasanya aksesori tersebut diikat dibahagian luar hadiah bukan di bahagian dalam. Di akhir video kejutan berkenaan, Cik B telah menawarkan diri untuk memandu kereta tersebut bagi membawa ibunya berjalan-jalan dengan kereta baru. Difahamkan, kereta jenis MPV itu turut menyertakan nombor plat yang sama dengan motosikal DSV sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pelbagai ragam mereka sewaktu Cik B sedang berusaha untuk membuat kejutan kepada ibunya. Dalam pada itu, warganet turut memuji apa yang dilakukan oleh Cik B kerana terlihat hubungannya dengan ibu tercinta sangat sweet.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.