Nampak kemunculan Datuk K dekat mahkamah, rupanya dia jadi saksi untuk kes Ds Zahid Hamidi

SUAMI kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.46 pagi Isnin. Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan pch amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. Pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.