Pengacara Dayah Bakar berkongsi berita gembira dirinya kini hamil cahaya mata kedua dan usia kandungannya sudah memasuki trimester kedua. Dayah atau pemilik nama penuh, Nur Hidayah Abu Bakar, 34, memohon agar semua orang dapat mendoakan keselamatan dia dan bayi dalam kandungan.
Ogos adalah bulan istimewa untuk saya dan Fahri. Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah, Fahri akan menjadi ‘baby’ abang. Saya kini dalam trimester kedua, Alhamdulillah. Pohon doakan kesihatan dan keselamatan kedua-dua ibu dan juga kandungan dan kemudahan bersalin kelak.
Kata-kata positif dan doa sangat bermakna buat kami, lebih daripada segalanya,” kata Dayah menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Menerusi perkongsian yang sama, Dayah turut berterima kasih kepada semua yang memberi kasih sayang kepadanya selain turut mendoakan pasangan yang menantikan zuriat.
Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua. Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insya Allah,” katanya lagi.
Video yang dikongsikan memperlihatkan Dayah membuat kejutan kepada suaminya iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi dengan memberikan ujian kehamilan. Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.