Tak sampai seminit Ira Kazar padam gambar yang beliau muat naik di Instagram

Kelibat pengarah Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kaza di media sosial masih dinantikan peminat dan warganet.Perkara itu mula disuarakan selepas Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana sah bercerai pada 13 Jun lalu.

Bagaimanapun, sumber Harian Metro (HM) berkata, antara sebab ketiadaan gambar Syamsul dan Ira kerana ‘diserang’ warganet. Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada muat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam. 

Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar. Meninjau ke Instagram Syamsul juga masih tidak ada gambar mereka bersama. Sebaliknya Syamsul selesa memaparkan aktiviti seni dan momen bersama kedua anaknya.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan sudah berkahwin dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.