Detik Menara Jam di Mekah disambar kilat beberapa saat

Sebuah video yang dirakam dari kawasan pergunungan di Mekah, Arab Saudi memaparkan situasi kilat menyambar Menara Jam, semalam, sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan), lapor laman berita Gulf Today.

Beberapa pengguna media sosial berkongsi gambar dan video tersebut yang menunjukkan kilat menyambar serta menerangi langit selama kira-kira 4 saat.

Pusat Meteorologi Kebangsaan di Arab Saudi meramalkan awan kumulus akan berada di kawasan Asir, Jazan, Al-Baha, dan Mekah, serta akan bergerak ke arah barat dengan jangkaan hujan sederhana hingga lebat.

Ia juga akan membawa hujan batu dan angin kencang.

Laman web ramalan cuaca, Arab Weather turut menyatakan bahawa wilayah barat daya dan barat negara itu menyaksikan aktiviti cuaca luar biasa sepanjang minggu lalu yang membawa kepada hujan dengan intensiti berbeza-beza. – Agensi. Kredit Kosmo Online.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.