Tular kru penerbangan membuat pelbagai aksi ketika bergambar di atas sayap pesawat

Sebuah klip video tular yang memaparkan aksi kru sebuah syarikat penerbangan  Switzerland bergambar di atas sayap pesawat menerima kecaman kerana dianggap perbuatan berbahaya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Aksi ranggi itu dilakukan kru Swiss International Airlines melibatkan pesawat Boeing 777 semasa menunggu untuk berlepas ke Zurich. Video itu dirakam oleh penumpang yang berada di balai berlepas dan menunjukkan dua kru  terbabit berdiri di atas sayap pesawat.

Seorang pramugari pada mulanya  dilihat berjalan  keluar dan berdiri di atas sayap pesawat serta beraksi untuk bergambar. Seorang lagi kru mengikuti langkah tersebut dan membuat pelbagai aksi lain. Video itu mengundang kritikan dengan ramai netizen menyelar aksi mereka kerana boleh mengancam nyawa.

Kru pesawat komersial hanya dibenar memijak sayap pesawat dalam situasi kecemasan seperti pendaratan cemas yang memerlukan  penumpang dipindahkan, dan bukan untuk bergambar. – AGENSI.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.