Masih belum habis isu dengan Didie Alias, kali ni Enot tampil buat pengakuan tak kahwin dengan pengkid

Isu melibatkan dua orang pelawak wanita senior, Enot dan juga Didie Alias nampaknya belum berkesudahan apabila masing-masing saling berbalas kenyataan di media. Terbaru, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah telah mempertanyakan semula dakwaan yang dia sudah ‘bersuamikan’ seorang pengkid seperti dakwaan sesetengah pihak terhadapnya. Dia juga menegaskan masih tahu hukum agama dan sama sekali tidak memaafkan insan yang mmki hamun dengan mempermainkan nama arwah ibunya.

“LILAHITAALA atas nama mak aku,aku tak pernah mngeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mane plak yg bole nikah kan aku tu? Aku masih tau hukum agama! Jgn nak hukum aku mcm aku org kapir plak ye x tau apa2! Yg memki hamun aku dlm dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko smpai bila2! Dosa aku dengan Allah aku bole mintak ampun tapi dosa korg dgn aku?” tulisnya.

Dia juga memilih untuk berdiam diri kerana takut akan bercakap mengenai aib orang lain tanpa sedar serta ‘berterima kasih’ kepada semua yang memaki hamun tanpa mengetahui cerita sebenar daripadanya. Terdahulu, Enot telah mengeluarkan kenyataan di TikTok miliknya iaitu enot7812 yang seakan menjawab luahan yang dibuat rakan pelawak seperti disiarkan di Melodi.

Sebelum ini, selebriti, Didie Alias telah menangis ketika ditemu ramah sewaktu ditanya perihal rakan baiknya yang juga pelawak wanita yang didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid. Dia juga mengatakan sentiasa berdoa agar rakannya itu kembali ke pangkal jalan. Walaupun tidak dinyatakan secara jelas siapa individu yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa pelawak wanita tersebut adalah Enot berdasarkan beberapa kenyataan yang merujuk kepada artis itu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.