Fathia Latiff tampil beri penjelasan berkenaan statusnya yang dikatakan sudah berkecimpung dalam bidang guaman

Pelakon Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan berkenaan statusnya yang dikatakan sudah berkecimpung dalam bidang guaman. Menerusi Instagramnya, Fathia, 36, merungkai isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman. Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.

Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya terlepas pandang,” katanya.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri fenomena Nur Kasih ini turut melahirkan permohonan maaf atas apa yang berlaku.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini menerusi Instagramnya mendedahkan dirinya kini sudah berkecimpung dalam bidang guaman dan secara sahnya menjadi seorang pengamal undang-undang.

Dia turut menyertakan beberapa keping foto dan video bersama rakan-rakan sepejabat. Officially a legal practitioner…” tulisnya ringkas. Difahamkan Fathia kini bekerja di syarikat guaman Tawfeek Badjenid & Partners.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014. Adik-beradiknya juga diketahui mempunyai latar belakang pendidikan hebat termasuk bergelar peguam dan juga doktor. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.