Shah Rukh Khan dicop gagal didik anak beliau ketika bercuti

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan kembali menjadi sorotan dan topik hangat perbincangan netizen India sebaik gambar bersantai seisi keluarga di tepi pantai tular dalam media sosial. Biarpun gambar percutian luar negara itu bukan dikongsikan bintang terbabit, perkara berkenaan dijadikan bahan kutukan ramai.

Bukan disebabkan sikap sombong atau kelakuan tidak bermoral, sebaliknya kecaman menjurus kepada pemakaian dua anak pelakon itu, Suhana dan Aryan. Puteri dan puteranya yang sudah meningkat dewasa itu memilih baju mandi yang mendedahkan tubuh sehingga didakwa mencemarkan budaya masyarakat.

Shah Rukh dan isterinya, Gauri dicop sebagai ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak sehingga mereka bebas berbuat apa saja. Begitupun, segelintir peminat tidak melihat berbikini sebagai isu kerana itu persalinan sesuai ketika berenang atau berada di pantai.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.