Hafreez Adam buat kerja rumah tarik perhatian peminat

Perkongsian pelakon Hafreez Adam melakukan kerja-kerja rumah menarik perhatian peminat laman sosial apabila pantas dilabel sebagai calon suami idaman. Menerusi hantaran yang dimuat naik Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan dalam Instagram miliknya, dia berkongsi kegiatannya seperti memasak, membasuh dan melipat pakaian serta mencuci tandas.

Sekadar gurauan, Hafreez memberi bayangan suatu hari nanti jika dia mendirikan rumah tangga, dia akan melakukan semua kerja-kerja rumah itu demi isterinya. Perkongsian mencuit hati pelakon yang pernah membintangi drama Tarik Aku Ke Syurga itu sekali gus menuai perhatian peminatnya terutama dalam kalangan wanita apabila mengidam untuk memiliki suami sepertinya.

Rata-rata menganggap bahawa pelakon itu boleh menjadi calon suami idaman kerana rajin dan boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah. Beruntung siapa kahwin dengan Hafreez Adam pandai segala-galanya dan rajin,” ujar seorang netizen.

Hafreez yang sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Zara Zya selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2018.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin selepas masing-masing membuat keputusan untuk berpisah sebulan kemudian pada 2019. Pada tahun 2021, Hafreez kemudiannya digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Azar Azmi sebelum hubungan mereka tiba-tiba sepi tanpa sebarang perkembangan.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.