Bekas isteri Luqman Hafidz pula dedah orang ketiga punca pencerainya

Tiada angin, tiada ribut lebih setahun bercerai, bekas isteri kepada pelakon Luqman Hafidz, Nurul Atiqah Mad Apandi memuat naik gambar seorang wanita  dalam Instagram yang didakwa sebagai penyondol atau pemusnah rumah tangganya dengan aktor itu.

Tanpa berselindung mahu pun hanya beri bayangan mengenai pihak dimaksudkan, secara terang-terangan Nurul Atiqah mendedahkan nama selain menyertakan kapsyen berbaur kemarahan.

Sudah pasti perkongsian tersebut mengundang kemusykilan pengikutnya apatah lagi perpisahan dengan Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 31, sudah lama terjadi.

Tidak diketahui puncanya berbuat demikian sehingga meraih respons bercampur baur daripada pengikutnya. Namun ketika berita keruntuhan pasangan terbabit rancak diperkatakan sekitar pertengahan tahun lalu, isu ‘penyondol’ turut menjadi bahan bualan netizen.

Begitupun, aktor dan pengarah itu pantas menangkis gosip orang ketiga dengan menegaskan spekulasi tersebut tidak benar, malah, dia tidak mempunyai pengganti.

Malah daripada semakan, selepas menduda tidak pula kedengaran atau bertebaran percintaan Luqman dengan orang baharu. Sementara itu, dalam ruangan komen seorang pelayar meninggalkan komen mengatakan wanita dalam hantaran berkenaan turut membintangi drama Cinta Yang Tertangguh.

Tidak kurang pengikut yang menyelar tindakan Nurul Atiqah menyebarkan dakwaan seperti itu sedangkan sudah bercerai lama. Rasanya dah cerai tahun lepas kan? Jadi tak payah naikkan cerita lama. Buat malu diri sendiri,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, Luqman mengumumkan sudah bercerai dengan Nurul Atiqah pada Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eve Laura. Kredit Kosmo Online.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.