IBU kepada juruterbang yang terlibat dalam kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam sebak tatkala mengenang perbualan penuh beremosi mereka kira-kira dua bulan lalu. Menurut Mahanom Ismail, 67, anaknya iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, menghubunginya sebelum dia menjalani oeprasi usus dan hempedu di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu. “Masa tu saya masuk wad. Jadi dia tak balik. Alasan dia takut nanti anak-anak buat kecoh rumah mama, mama sakit, lepas tu nak kena kemas. Tunggu mama sihat baru bawa anak-anak balik.
“Last sekali dia kata adik sayang mama,” ujarnya sebak ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Khamis malam. Menurut Mahanom yang juga isteri kepada bekas juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Allahyarham Shahrul merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Mahanom berkata, Allahyarham berkemungkinan dikebumikan di Taman Melawati, Kuala Lumpur, atau Bukit Jelutong, Shah Alam, namun akan berbincang terlebih dahulu tentang hal itu dengan besannya. Terdahulu, media melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal pergi menghadap illahi selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.
Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.