Tengah hangat pasal pesawat ringan terhempas, ada saksi yang dengar penunggang motosikal sempat menjerit Allahuakbar beberapa kali

Kita dikejutkan dengan tragedi nahas pesawat ringan yang terhempas berdekatan dengan kawasan perumahan Elmina pada petang Khamis. Tentunya, tragedi tersebut mengejutkan ramai pihak terutama sekali ahli keluarga mereka yang terlibat. Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ihsan, 37, menjelaskan bahawa pada awalnya dia menaiki motosikal untuk membaca meter air di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian. Ketika melakukan kerjanya, secara tiba-tiba Ihsan mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakangnya.

“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik.” Lebih menyayat hati, Ihsan memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan salah seorang mngsa yang menyebut ‘Allahuakhbar’ ketika menahan kesakitan. “Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak. Saya lihat penunggang motosikal itu bergerak sedikit demi sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu.”

Tambah Ihsan lagi, dia juga melihat seorang lagi mngsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung. Terdahulu, sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie pada petang Khamis. Kejadian tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian. Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 myt kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam pada Khamis.

Kesemua myt serta cebisan yang dijumpai itu telah pun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bdh siasat dan pengecaman. Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.