Seorang remaja menjadi perhatian pengguna media sosial Indonesia selepas berkongsi gambar majlis perkahwinan bapanya yang mengahwini rakannya sendiri, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok, remaja perempuan bernama Silva Nabila Dwi Andini, 19, berkongsi gambar dia bersama bapa dan ibu tirinya yang juga rakannya. Ibuku adalah sahabatku,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Menurut Silva, dia dan ibu tirinya itu merupakan rakan sekolah, namun berada dalam kelas berbeza. Mereka bagaimanapun pernah bersahabat baik ketika kanak-kanak. Kami menjadi rakan selepas bapa pengantin perempuan (ibu tiri) sering membawa dia ketika bekerja dengan bapa saya dahulu.
Kami sering bermain bersama-sama dan menjadi rakan baik,” ujarnya. Namun, Silva berkata, persahabatan mereka tidak bertahan lama kerana terputus hubungan, namun bertemu semula ketika bersekolah rendah.
Sepanjang persekolahan, kami tidak bertegur sapa,” ujarnya. Tambah Silva, dia mengetahui bapanya mahu berkahwin dengan rakannya itu pada 10 Julai lalu.
Sudah pasti saya terkejut, namun tidak menghalang perkahwinan mereka,” katanya yang kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas wanita itu bercerai dengan bapanya. Kata Silva, meskipun kini rakannya itu menjadi ibu tirinya, dia tetap memanggilnya dengan panggilan nama. – AGENSI . Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.