Tak sangka pasangan yang dianggap rakan sebaya rupanya ibu dan anak lelaki

Seorang wanita di Karawang, wilayah Jawa Barat menjadi tumpuan netizen yang sangsi  usianya mencecah 39 tahun berikutan wajahnya persis remaja belasan tahun, lapor laman berita Detik semalam.

Dalam hantaran di laman TikTok, wanita bernama Nina Herlina itu berkongsi gambar dia bersama anak lelakinya. Mereka kelihatan seperti rakan sebaya disebabkan wajah Nina langsung tidak kelihatan seperti wanita berusia 39 tahun.

Anak 2004 (tahun kelahiran), emak 1983,” demikian menurut keterangan video tersebut. Menurut Nina, dia mempunyai lima orang anak, manakala remaja lelaki dalam gambar itu ialah anak sulungnya yang kini berusia 19 tahun.

Saya berkahwin pada 12 Jun 2003 dan mempunyai tiga orang anak kerana dua daripada mereka telah meninggal dunia. Anak sulung lahir pada September 2004,” katanya. Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen. Benar-benar awet muda. ‘Baby face’,” kata seorang pengguna.

Saya sangkakan rakan sebaya,” ujar pengguna lain. – AGENSI. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.