ISU tertukar bayi di hospital bukan perkara yang perlu dipandang remeh kerana perkara tersebut benar-benar berlaku dalam dunia nyata. Aktres Rani Mukerji mendedahkan, 45 tahun lalu seorang jururawat telah menyerahkannya kepada seorang wanita berbangsa Punjabi yang berada dalam hospital sama dengan ibunya.
Bintang filem Mrs Chatterjee vs Norway itu juga menceritakan kejadian itu berlaku beberapa jam selepas dia dilahirkan.
Mujur ibunya menyedari bayi yang diberikan untuk dibawa pulang bukan darah dagingnya hingga dia berlari di sekeliling wad bersalin mencari bayinya.
Dedah Rani, ibunya mengecam si kecil yang dipegang seorang lagi ibu baru bersalin yang juga wanita Punjabi. Sambil tertawa katanya, sampai sekarang ibunya gemar mengusik dengan mengatakan sebenarnya dia yang tersalah mengambil anak orang.
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.