Aliff Aziz di Jentik Telinga Dengan Bella Astillah disebabkan ini

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya  Dayang Ara Nabellah Awang Astillah. Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.

Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah berkahwin dengan penyanyi asal Singapura yang menetap di Malaysia iaitu Aliff Aziz serta mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial instagram milik @macheallstarunitedsdnbhd yang meraih perhatian netizen. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 373 ribu, dan tanda suka sebanyak 4 ribu.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aliff Aziz bersama isterinya Bella Astilah membuat video dengan kapsyen “Boleh pegang ke tak eh?” kerana wataknya di dalam drama Tentang Hati Dia Aliff memegang tangan wanita lain oleh kerana tuntutan kerja. Namun reaksi Aliff Aziz seakan terpinga-pinga lalu dijentik telinganya oleh Bella Astillah.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.