Muat naik gambar pakai baju gaun, kali ni isteri Haqiem Rusli dapat pujian dari warganet

Sebelum ini, penampilan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima kritikan hebat warganet gara-gara mengenakan kain terbelah sehingga mendedahkan bahagian pahanya. Bagaimanapun, lain pula ceritanya kali ini, apabila perkongsian terbaharu yang dimuat naik Anis di Instagram miliknya telah menerima pujian daripada wargamaya. Menerusi perkongsian tersebut, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofe Wan Zamzuri, berkongsi beberapa foto dirinya mengenakan busana gaun besar berwarna kelabu.

Anis kelihatan anggun dan elegan dengan busana yang menggunakan kain jenis sequin kilat di bahagian atas, manakala kembang di bahagian bawah. Malah, wanita berusia 21 itu turut menulis kapsyen ‘pernahkah anda melihat gaun yang cantik? Lihatlah…’ Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji kecantikan Anis dengan mengatakan dia lebih manis dengan pakaian sedemikian. Dalam masa sama, ada juga segelintir wargamaya yang menyamakan Anis persis Cinderella.

Komen Warganet:

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.