Amelia Henderson, Izzue Islam dan Sherry AlhadadĀ ,Pengacara Tiktok Awards Malaysia

Pengacara Izzue Islam dan Sherry Alhadad tidak merasa goyah apabila laluan selebriti TikTok sekarang jauh lebih mudah untuk berkecimpung atau ‘mencaras’ rezeki mereka dalam bidang seni. Izzue, 33, sebaliknya gembira apabila ramai kalangan pencipta kandungan tunjuk serius untuk berjaya serta percaya mereka juga memang sedia belajar dari bawah.

Ada sesetengah sebagai pencipta kandungan bagus. Tapi bila masuk dalam industri seni arus perdana, banyak yang main-main. Kalau kata kurang berbakat, semua orang pun bermula sifar dan belajar.

Tak ada masalah lahirnya penyanyi dan pelakon daripada TikTok atau media sosial. Sebab zaman kami, tiada dan memang kena bermula dari bawah. Tak boleh nak cemburu atau dengki,” katanya. Izzue percaya industri memang perlukan muka-muka baharu, beri persaingan sihat, dan ikut peredaran zaman juga.

Katanya lebih mudah orang jadi terkenal disebabkan TikTok. Kalau guna dengan baik, hasilnya pun baik.

“Orang makin lama makin bijak manfaatkan media sosial. Sebab itu lahirnya ramai pencipta-pencipta kandungan sekarang. Berapa ramai sudah usahawan dan jutawan yang lahir daripada TikTok? Daripada bukan siapa-siapa jadi ada nama.

“Saya ada seorang kawan yang agak ‘introvert’. Bila sudah banyak berkongsi pengetahuannya di TikTok, sedikit sebanyak mula ubah kehidupannya. Daripada tak pandai cakap, tak suka jumpa orang, tempat ramai, sekarang nampak peningkatan,” katanya.

Sherry, 38, berkata soal perbezaan harga bayaran juga semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Menurutnya, klien mungkin meletakkan harga tinggi kepada pengamal TikTok kerana bersebab.

“Mungkin pada klien, sambutan terhadap mereka lebih tinggi dan bayaran pun tinggi. Tapi sebenarnya dalam industri, tak kiralah di platform mana, kalau kita ada apa yang klien nak, diberi harga (bayaran) berbeza, itu terpulang kepada klien. Kami tidaklah mempersoalkan misalnya pengamal TikTok dibayar lebih,” katanya.

Sherry akui TikTok adalah satu medium sangat bagus dan bukan seperti awal dulu yang mana ramai skeptikal fikir TikTok adalah platform tarian, hiburan semata-mata.

“Ia platform global. Kita boleh tahu apa orang-orang luar negara buat. Semestinya kita pun rasa terinspirasi, baik sebagai orang biasa mahupun selebriti, kita pun nak cuba buat perkara baharu.

“Contohlah penyakit-penyakit yang kita tak pernah tahu. Tapi disebabkan TikTok kita dapat lebih banyak maklumat. Taklah kita jadi katak bawah tempurung,” katanya.

Sherry dan Izzue bakal bergandingan dengan pelakon Amelia Henderson mengacarakan TikTok Awards Malaysia 2023 pada Ahad ini, jam 9 malam, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Manakala segmen karpet merah pada 8.30 malam dihoskan Ceddy dan Sissy Iman, belakang pentas oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis. Sementara penyampai trofi termasuk Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann, dan ramai lagi. Pentas juga terus dihangatkan dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph, dan ramai lagi. Sebanyak tujuh kategori People’s Choice dan tujuh Judge’s Pick bakal dipertandingkan.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.