Tak ralat ketepikan lakonan sementara waktu, Jihan Muse dedah ini sebab yang buat kan dia lebih memilih

Mahu memberi tumpuan penuh terhadap anak keduanya yang bakal mencecah usia setahun, pengacara dan pelakon Jihan Muse berkata dia kini lebih selektif menapis tawaran. Pemilik nama penuh Nuur Jihan Musa itu memberitahu dia tidak ralat melepaskan tawaran memandangkan tekad memberikan susu ibu kepada anaknya hingga genap dua tahun. “Kami tiada pembantu, urusan rumah serta menjaga anak-anak dilakukan bersama suami tetapi kebelakangan ini Ungku Haris terbabit dalam penggambaran yang memerlukan saya fokuskan dulu kepada rumah tangga.

“Pada masa sama saya juga ingin berikan putera kedua kami susu ibu sepenuhnya sampai umur dua tahun kerana dulu lepas pantang saya terus keluar bekerja. Saya tak ralat ketepikan lakonan buat sementara waktu, tambahan pula saya tak pernah tinggal anak kecil kami lama sebab mahu kejar waktu menyusukannya,” katanya. Jihan ditemui ketika menghadiri sidang media program terbaharu berjudul The Chosen One, yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya pada baru-baru ini. Menurut bekas pengacara Gegar Vaganza itu dia sedia terbabit dalam program televisyen yang tidak memerlukan masa panjang seperti rancangan realiti baharu The Chosen One terbitan Astro.

“Apabila ditawarkan tanggungjawab sebagai juri The Chosen One, saya tak mampu menolak melihatkan keunikan program ini membabitkan bakat muda, selain tugasannya hanya sehari dalam seminggu. “Tawaran mengacara program buat masa ini belum ada, apabila dipertanggungjawabkan sebagai juri itu pun satu amanah besar, apatah lagi membabitkan peserta muda,” ujarnya. Belum disiarkan, pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu menyaksikannya duduk di kerusi juri yang turut membabitkan Hazama, Afieq Shazwan dan beberapa penyanyi lain sebagai mentor.

Untuk info, Jihan mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Haris pada 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ungku Altamis Barr, 11 bulan, serta Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.