Wak Doyok menasihati pensohor media sosial yang baru berjinak dalam dunia seni tidak meletakkan harga tidak masuk akal bila menerima tawaran lakonan

Ikon fesyen juga pelakon, Wak Doyok mengingatkan pempengaruh atau pensohor media sosial agar tidak meletakkan harga tidak masuk akal apabila kali pertama menerima tawaran lakonan.Pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor itu berkata, situasi tersebut disebabkan pempengaruh terbabit tiada pengalaman dalam drama mahu pun filem yang melayakkan mereka untuk demand atau tarik harga tinggi mengalahkan pelakon berpengalaman.

Sebagai orang baharu yang tiada asas serta ingin menimba pengalaman, pada awal kemunculan dulu saya tidak letak pun harga kerana tahu di mana kedudukan saya. Jadi pempengaruh media sosial yang ingin terjun ke dunia lakonan jangan letak diri secara berlebihan, kena buktikan bakat dahulu. Perlu sedar diri bukan belum-belum dah ‘demand’.

Setakat buat kelakar, nak tekan harga rasanya perkara seumpama itu perlu dihentikan. Tunjuk prestasi dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online pada acara The Big Brunch di Westside Coffee, baru-baru ini. Pada masa sama, pelakon Abang Long Fadil 2 itu mengakui belajar ilmu lakonan menerusi YouTube terutama daripada filem Tan Sri P Ramlee selama tiga tahun sebelum berani menerima apa-apa tawaran.

Kata Wak Doyok, 44, cermin serta kawan terdekat turut menjadi tempat untuknya berlatih melontarkan dialog sebagai cubaan menghayati watak dan perwatakan.

Saya enggan membuang masa pihak produksi dan komitmen pelakon senior untuk berlatih di lokasi penggambaran disebabkan tidak mahu mengganggu. Oleh kerana itu saya hanya berani terima tawaran Datuk Yusof Haslam hanya selepas tiga tahun untuk membintangi filem Abang Long Fadil 2 selepas yakin mampu menggalas peranan diberikan.

aya takut penerbit terpaksa menanggung kerugian kos dan masa kalau saya main sambar sahaja tawaran,” ulasnya lagi yang turut membintangi Abang Long Fadil 3. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.