Dah seronok jadi DJ, kali ni Khairy Jamaluddin nyatakan hasrat nak jadi pelakon pulak

Umum mengetahui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini bertugas menjadi penyampai radio Hot FM selepas ‘berehat seketika’ daripada dunia politik. Baru-baru ini, pempengaruh terkenal Mek Yun telah menemu bual Khairy atau mesra disapa KJ dalam segmen sembang santainya. Menerusi video tersebut, Mek Yun bertanyakan beberapa soalan daripada pengikutnya kepada ahli politik itu. Dalam temu bual itu, Khairy mengakui tidak lagi rasa rindu untuk kembali aktif sebagai ahli politik dan mulai seronok menjadi penyampai radio.

Ditanya jika tak menceburi bidang politik, bekas Ketua Pemuda UMNO itu meluahkan hasrat ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan. “Saya dah keluar sekejap daripada politik, sebenarnya agak seronok menjadi DJ dan saya tak berapa rindu jadi ahli politik,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai mencadangkan tentang watak yang sesuai untuk dimainkan olehnya. Mengulas lanjut, Khairy sempat menasihati kepada anak muda untuk terus mengikuti impian dan menjadi diri sendiri. “Jangan mengikuti impian atau cita-cita orang lain.” ujarnya.

Pada 27 Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memecat Khairy disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Susulan pemecatan tersebut, Khairy ‘dilamar’ beberapa pihak termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi bayangan menawarkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT). Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.