Muat naik video titipkan ucapan untuk anak, tapi luahan Shakilla Khoriri buat ramai yang sebak

Baru-baru ini, menerusi temu bual bersama majalah PaMa, pelakon Shakilla Khoriri menitipkan ucapan buat anaknya, Ameena Sofia. Shakilla berkata dia berharap jika Ameena melihat video itu kelak, anaknya itu memahami tentang apa yang berlaku. Menurutnya lagi, dia dan Ameena sudah terbiasa dengan kehidupan sekarang dan lebih tenang. “Hari demi hari perjalanan yang sukar dah jadi semakin baik. Sakit dan parut makin pudar.  Aku & Ameena dah terbiasa dengan apa yang kami jalani setiap hari. Lebih tenang. Lebih bahagia. Lebih bertambah baik,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Tambah Shakilla lagi, dia jarang tinggalkan anaknya itu untuk bekerja dan jika terpaksa memilih dia akan mengutamakan Ameena kerana baginya rezeki itu ditentukan oleh Allah. Tapi sejak hari itu, setiap hari aku yakin yang Allah sentiasa ada untuk kita orang. Rezeki Allah bagi tu entah dari mana datangnya tapi sentiasa mencukupi untuk kita berdua. “Jarang aku tinggal Ameena untuk kerja. Bila aku terpaksa pilih Ameena atau kerja, aku tanpa was-was pilih Ameena. Duit boleh cari. Allah akan bagi. Tapi masa dan moment dengan orang yang aku sayang tak akan berganti,” katanya.

Dalam pada itu, Shakilla mendoakan agar anaknya itu sentiasa berada dalam lindungan Allah serta menjadi anak yang hebat. “Semoga kasih sayang untuk Ameena Sofia lebih mencurah, sentiasa ada kebaikan yang datang merapat dengan Ameena. Sentiasa berada dalam lindungan Allah walau jauh dari pegangan dan peluk aku. Sentiasa terima doa yang baik dari ramai orang. Sentiasa bahagia dan jadi anak yang bertuah dalam segala hal. Ameena anak yang hebat,” tulisnya. Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun berpisah pada pertengahan Disember 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.