Alvin Chong dikejarkan ke hospital di Switzerland disebabkan keracunan makanan

Alvin atau nama lengkapnya, Alvin Chong Chean Wah memaklumkan, dia mula rasa kurang sihat sebaik sahaja transit di Bangkok, Thailand iaitu sebelum meneruskan penerbangan ke Switzerland.Ketika dalam penerbangan ke Switzerland, saya muntah teruk di tempat duduk dalam kapal terbang.

Pelakon Hantu Judi itu berkunjung ke negara terbabit bagi menjalani penggambaran video muzik lagu baharunya.

Hari ini, menerusi Instagramnya Alvin, 32, memuat naik beberapa keping fotonya berada di hospital di bandar Nuechatel, Switzerland. Beberapa rakan selebriti seperti Fazura, Adriana Adnan dan Shah Iskandar turut mendoakan kesihatannya segara puluh selain melahirkan kebimbangan atas keadaan aktor itu. 

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.