Gaya Nazim memakai tiara semasa pertunjukan fesyen undang kecaman peminat

PELAKON tampan Nazim Othman menjadi perhatian ramai sewaktu memperagakan busana daripada satu jenama tempatan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2023 baru-baru ini. Mana tidaknya, ketika memperagakan pakaian berona hitam itu, Nazim dilihat mengenakan seluar jarang sehingga menampakkan boxer yang dipakai.

Seksi memanglah seksi, Diva sendiri suka. Tapi ada mata-mata netizen sampai naik ‘berbulu’ melihat penampilan berani jejaka tinggi lampai itu. Tapi apa yang menarik perhatian Diva, penampilan Nazim yang siap mengenakan mahkota atau tiara dikatakan menyamai imej seperti pondan.

Terkedu Diva, tergamak netizen kata begitu. Punyalah tampan dan bergaya, hujung-hujung dek kerana mahkota, sampai hati kata Nazim pondan. Diva okey sahaja, sebab kalau diberi peluang, Diva pun teringin nak pakai tiara, ala-ala Miss Universe gitu.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.