Saya tiada masa untuk cinta, saya masih muda ini luahan Anna Jobling

Saya tiada masa untuk cinta, saya masih muda. Anna hanya milik Anna sendiri saja.” Demikian ulas pelakon, Anna Jobling apabila diajukan mengenai perihal cinta.

Malah, Anna sekali gus menepis mempunyai hubungan istimewa dengan rakan industri, Meerqeen. Menjadikan kerjaya sebagai keutamaan, Anna enggan mensia-siakan usia muda dengan perkara tidak penting.

Jika tidak bekerja, saya menggunakan masa terluang untuk tidur kerana itu yang saya perlukan ketika ini. Cinta saya hanyalah katil (tidur) dan kerjaya. Jadi jika ditanya mengenai keseimbangan pada usia ini, hanya tiga perkara itu saja,” kata Anna.

Terdahulu, pelakon berdarah kacukan itu menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen. Terbaru, Anna turut menafikan khabar angin yang mendakwa mereka sedang dalam fasa perang dingin dan tidak seteru.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya seninya, Anna terus menjadi diri sendiri dan kekal membumi. Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai Anna Jobling iaitu seorang selebriti. Saya hanya melihat diri saya sebagai saya saja dan bukan seorang yang popular.

Malah, saya juga berpegang kepada sebaik dan sebagus mana pun saya, ada lagi yang lebih baik. Jadi saya rasa itu yang membuatkan saya sentiasa kekal menjadi diri sendiri. Saya juga menganggap rezeki masing-masing dalam apa jua perkara. Saya tidak mahu bersaing dengan sesiapa pun kerana hanya meletakkan keutamaan untuk menjadi lebih baik. Itu saja,” katanya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.