Ini pula harapan Farid dapat berkomunikasi secara langsung dengan Diana

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 42, tetap positif dan berharap suatu hari nanti dia dapat berkomunikasi secara langsung semula dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle, 32.

Farid berkata, sejak tercetusnya kemelut rumah tangga mereka dan selepas perceraian itu, dia belum lagi dapat berkomunikasi secara langsung dengan Diana, melainkan menerusi perantaraan peguam. Saya kini berharap satu hari nanti hubungan antara kami boleh menjadi baik dan normal semula apabila dapat berkomunikasi secara langsung demi kesejahteraan, kegembiraan dan tumbesaran anak-anak.

Selepas apa yang berlaku, saya juga amat bersyukur dikurniakan Allah dengan taufik dan hidayah. Alhamdulillah, saya pun baru selesai pergi bersuluk (mendekatkan diri pada Allah) dan inilah jalan yang saya cari,” katanya kepada Harian Metro.

Kelmarin, Farid dan peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan hadir untuk prosiding terakhir tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Turut hadir, Diana bersama peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mencapai kata sepakat hak penjagaan anak itu diserahkan kepada Diana dan Farid mendapat hak lawatan mengikut apa yang sudah dipersetujui kedua belah pihak.

Mengenai anak-anak, saya harap mereka selamat dan bahagia. Saya serahkan hak penjagaan penuh (anak) kepada Diana melalui perjanjian yang sudah dicapai secara global (menyeluruh),” katanya.

Mengulas keadaan dirinya yang sudah dua minggu bercerai, Farid menyifatkan situasi perpisahan dihadapi itu adalah suratan takdir yang sudah tertulis serta dia reda dengan apa yang berlaku dan jiwanya juga semakin tenang. Apa yang ditakdirkan untuk saya lalui sekarang ini, semua sudah tertulis. Sebagai hamba, saya kena reda menjalani kehidupan ini seperti biasa walaupun ia pengalaman baharu kembali hidup bujang macam dulu.

Mula-mula bujang, kemudian berkahwin dan sekarang bujang kembali, inilah proses kehidupan. Jadi, masa depan sebenarnya sudah tertulis dan saya hanya mahu mensyukuri segala nikmat diberikan Allah. Farid berkata, dia mahu terus cekal menjalani kehidupan hariannya yang kembali ‘bujang’ sejak 10 Ogos lalu demi melihat kegembiraan serta kebahagiaan dua cahaya matanya agar membesar dengan baik.

Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Namun, mereka sah bercerai talak satu yang dilafazkan Farid secara ‘Google Meet’ pada awal Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Sebelum itu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.