Menteri Besar Selangor umumkan isnin sebagai cuti peristiwa jika gabungan Ph dan Bn menang prn esok

Shah Alam: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya negeri (PRN) ini, esok. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya. “Dengan berbesar hati juga, saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN pada 12 Ogos ini (esok) dan membentuk kerajaan negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Selangor pada 14 Ogos ini iaitu pada hari Isnin depan,” katanya pada ucapan Amanat Khas Menteri Besar Selangor yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Dalam ucapannya lagi, Amirudin memberitahu bahawa pilihan raya pada 12 Ogos adalah tarikh penting dalam sejarah Selangor. “Anda bakal menentukan masa hadapan Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang. “Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri ini ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara, terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk Selangor, negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Sumber: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.