Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, 31, mengaku tidak terlepas sering ditanya soal jodoh daripada saudara-maranya apabila pulang ke kampung halaman di Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia.
Cakra berkata, disebabkan itu dia akan membuat panggilan video bersama ibunya terlebih dulu untuk bertanyakan siapa yang ada di rumah atau balik ke kampung ketika itu sebelum pulang.
Kalau saya pulang ke kampung, pastinya selama itu akan ada yang bertanyakan (soal kahwin). Jadi, saya jika mahu bertemu dengan ibu akan ‘video call’ dulu tanya ada siapa saja di rumah. Jadi, barulah saya pulang.
Bagi saya soalan jodoh yang ditanyakan itu sebenarnya hal wajar. Cuma, saya sendiri cuba berfikir positif kerana yang namanya jodoh itu sudah diatur oleh Tuhan,” katanya dalam sidang media Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur secara virtual, di sini, hari ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Harus Terpisah ini berkata, kini apa ada di depannya dilakukan dengan sepenuh hati dan fokus yang tidak berbelah bahagi pada karier.
Sejak saya bermula dalam karier seni ini lagi, memang saya sangat utamakan urusan dulu kerja kerana itu yang lebih penting,” katanya turut menyertai uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023 pada 18 Julai lalu. Ditanya juga kriteria wanita impiannya sebagai pasangan hidup nanti, Cakra berkata, dia lebih selesa menyerahkan semua itu kepada ketentuan Yang Maha Kuasa saja.
Berbicara mengenai konsertnya di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September depan, Cakra berkata, dia tetap sentiasa mempersiapkan diri untuk memberi persembahan terbaik buat peminatnya di negara ini. Ini adalah kerjasama yang mengujakan saya dengan Dream Festival Collaboration Volume 4. Panggung ini akan menyaksikan gabungan pertama saya dengan Nadeera Zaini yang tahap vokalnya amat bagus.
Malah, saya juga orangnya suka bekerjasama. Jadi, atas panggung ini seharusnya kita senang-senang saja buat semuanya. Pilihan lagu pula, pastinya kami membawakan yang pernah dikeluarkan sebelum ini dan penonton tahu,” katanya.
Pada Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang memenuhi rangka persembahan Dream Festival Collaboration Volume 4 itu, selain Nadeera Zaini, seorang lagi penyanyi undangan ialah Riri Moeya dari Indonesia. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.