Kecewa Murid nie, ingatkan dapat ayam goreng McDonalds, rupanya isi dalam roti

 Pada mulanya riang gembira dapat kotak disangka mengandungi ayam goreng McDonalds, namun sebaik dibuka, rupa-rupanya di dalamnya berisi roti krim berserta air kotak.

Itu mungkin reaksi kekecewaan murid-murid sebuah sekolah yang menyertai program anjuran sebuah jabatan pendidikan negeri apabila diberikan kotak yang disangka mengandungi makanan segera itu. Perkara itu diceritakan oleh seorang guru dikenali sebagai Abdul Muiez Mohammad Ruslee menerusi Facebooknya hari ini selepas diceritakan oleh seorang penjaga.

Saya dihubungi oleh seorang penjaga yang mana anaknya terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan oleh jabatan negeri xxx (tidak dinyatakan). Mula-mula pandang kotak, bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka, terus berubah muka. Begitulah harapan yang ‘dicapati’,” katanya pada hantaran tersebut.

Guru tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama penjaga berkenaan mengenai situasi yang berlaku. Tak dapat bayangkan jika ada salah seorang daripada kanak-kanak itu yang berharap itu adalah McD sebenar. Harap penganjur lebih prihatin, terima kasih.

Dia (anak) cerita ada seorang budak tu tadi, berubah betul muka bila buka kotak tu, yang sebelum ini dia nampak amat gembira. Jangan bagi harapan palsu kepada kanak-kanak. Harap penganjur ambil iktibar. Sebak Paksu bila anak cerita pasal kawan dia tadi,” kata penjaga itu berdasarkan mesej WhatsApp dihantar kepada Abdul Muiez.

Perkongsian tersebut mendapat maklum balas pelbagai daripada orang ramai, malah guru itu juga menghantar mesej kepada mereka yang berkenaan. Saya dah mesej PIC seperti yang ada dalam surat jabatan. Tapi hanya ‘bluetick’,” kata Abdul Muiez.

Sementara itu, pengguna media sosial menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka telah memberi harapan palsu kepada murid-murid tersebut. Tak baik dia bagi harapan palsu kat budak, cukup yang dewasa saja terperdaya dengan harapan palsu manusia,” kata Megat Luqman Al Hafiz.

Tak baik buat budak-budak macam ni. Lagi-lagi kotak tu bertulis ayam goreng. Budak-budak memang ‘excited’ dengan ayam goreng,” komen Amrul Azmi Mizan. Tengok kotak ayam tu, macam bukan kotak McD. Macam tukang ‘sponsor’ tu tempah kotak sendiri,” kata Mohd. Satari Hashim.

Kredit Kosmo Online.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.