Tular di Jakarta seorang guru berbelit lidah sebut nama pelajar

Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan senarai nama pelajar sebuah bilik darjah dengan salah satu daripadanya dikatakan amat sukar untuk disebut dan dieja, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Dalam hantaran gambar dan video yang dikongsikan di platform X atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter, seorang guru berkongikan senarai nama para pelajarnya. Nama-nama yang dipaparkan pada senarai itu sebahagian besarnya agak panjang dan unik bagi nama Indonesia.

Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis,” demikian menurut keterangan video tersebut. Dalam video yang dikongsikan itu juga, guru tersebut bertanyakan cara menyebut salah satu nama yang dianggapnya paling sukar.

Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu. Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama tersebut dengan lancar. Guru tersebut kemudian mengeja kembali nama itu dengan perlahan dan tersekat-sekat sambil berkata: “Namanya susah sangat.”

Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa murid-murid dalam kelas tersebut. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial. Jangan disalahkan Generasi Z kerana yang memberikan nama mereka sudah pasti ibu bapa generasi Milenial,” kata seorang netizen.

ini belum tentu ibu dan bapanya tahu nama lengkap anaknya sendiri,” kata pengguna lain. – AGENSI. Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.