Nama Riena Diana jadi bualan warganet, kali ni dia nekad untuk padam semua posting dekat laman ig

Tindakan pelakon Riena Diana yang memadam semua hantaran di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya. Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal dilihat telah memadam semua hantaran video dan gambar yang pernah dimuat naik di laman sosial tersebut sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan tindakan Riena berbuat demikian susulan rasa terkilannya berhubung kenyataan sebuah artikel yang mengatakan dia bersedia melakukan babak rnjng dalam sesebuah karya.

Riena menegaskan dia akan melakukan babak tersebut sekiranya diminta oleh pengarah dan produksi, namun ia haruslah tidak keterlaluan. Disebabkan rasa terkilan, pelakon drama Kampung People itu mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran di Instagram sebagai tanda merajuk dengan sikap warganet yang tidak membaca artikel berkenaan sepenuhnya. Sementara itu, menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories, aktres berusia 25 tahun itu dilihat masih aktif memuat naik beberapa perkongsian. Sehingga artikel ini ditulis, akaun Instagram milik Riena telah mempunyai pengikut seramai 597,000,000 orang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.