Nenek memegang rekod sebagai wanita tertua di dunia yang berjaya menamatkan maraton

MATHEA Allansmith bukanlah seorang nenek biasa, dia menjadi wanita tertua di dunia yang berjaya menamatkan larian maraton. Pada usia 92 tahun 194 hari, dia berjaya melepasi garisan penamat pada Maraton Honolulu 2022.

Ini membolehkan Allansmith mencatatkan rekod sebagai orang tertua di dunia yang berjaya menamatkan maraton bagi kategori wanita. Rekod itu dilakukan pada 11 Disember tahun lalu selepas dia berjaya menakluk laluan sejauh 42.1 kilometer (km) dalam tempoh 10 jam 48 minit.

Allansmith yang berasal dari Koloa, Hawaii, Amerika Syarikat kekal sihat sepanjang tahun dengan berlari enam hari seminggu, meskipun kini telah berusia 93 tahun. Biarpun cuaca hujan atau panas, namun dia tetap menghabiskan larian sejauh 57 km setiap minggu.

Dia yang merupakan seorang pesara doktor mulanya tidak menggemari aktiviti larian sehinggalah berusia 46 tahun. Rakan sekerja, C. Stephen Foster mencadangkan saya berlari sejauh 3 km setiap hari. Disebabkan itu, saya mula berlari pada tahun 1977 dan terus jatuh cinta dengan aktiviti berkenaan. Saya terus berlatih dan bersaing dalam perlumbaan maraton sejak itu,” katanya.

Maraton pertama yang disertainya ialah Maraton Boston 1982. Namun begitu, dia mempunyai kelemahan untuk menamatkan larian maraton dalam waktu yang ditetapkan. Maraton Honolulu adalah acara kegemaran saya kerana penganjur tidak mengehadkan masa tertentu. Ini membolehkan pelari paling perlahan menamatkan perlumbaan. Ia merupakan salah satu perlumbaan terbaik yang dilaksanakan dan saya seronok menyertainya,” ujarnya.

Allansmith tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang menyertai acara maraton, malah dia gembira apabila dapat berlari di jalan raya. Dia gemar berlari sambil melambai serta bertanya khabar kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Selain itu, dia juga menyukai pemandangan dan bunyi di sepanjang laluan latihannya. Allansmith menikmatinya serta gembira menjadi sebahagian daripada individu yang berada di jalan raya untuk bersenam. Berlari di bandar-bandar seluruh dunia membolehkan saya bertemu dengan orang berbeza.

Saya boleh berlari dan berjalan kaki sejauh 24 km. Saya akan menyarung beg galas dan keluar sepanjang hari untuk melakukan aktiviti ini,” jelasnya. Untuk kekal sihat, Allansmith akan berlari sepanjang tahun bagi mengekalkan rutin latihan yang mantap.

Dia berlatih sepanjang tahun dan akan meningkatkan latihan bermula 18 minggu sebelum acara maraton yang disertai berlangsung. Malah, dia berpegang teguh pada kaedah latihan seperti yang tertulis dalam buku The Competitive Runner’s Handbook.

Dalam pada itu, bagi mengekalkan stamina, Allansmith berlari pada jarak 57 km seminggu secara purata. Memandangkan dia berlari hampir setiap hari, Allansmith menjalani sebahagian besar hidupnya di jalan raya. Katanya, kerjaya sebagai seorang doktor membolehkannya memahami bagaimana tubuh dan minda bertindak balas terhadap diet serta senaman yang dilakukan oleh seseorang.

Saya melihat hubungan langsung antara pergerakan dan kesihatan,” katanya. Sementara itu, Allansmith menjelaskan, melepasi garisan penamat dan memperoleh gelaran Rekod Dunia Guinness merupakan satu keseronokan dalam hidupnya.

Terdapat beberapa kumpulan orang merakam gambar dan memberi sorakan kepada saya. Pada hal ketika itu, saya melepasi garisan penamat kira-kira 11 jam selepas perlumbaan berlangsung.

Saya berasakan ia satu pencapaian dan kegembiraan yang sangat bermakna,” katanya.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.