Balum habis lagi pasal Abang Tesla, Ramai yang bengang bila tular kenyataan dia pasal anak

Isu panas melibatkan seorang influencer berhubung video memujuk isteri ketika tahu dia akan berpoligami terus menjadi kritikan warganet di media sosial. Walaupun influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla itu menjelaskan bahawa isteri pertamanya merestui dia berkahwin lagi satu, namun ramai yang meradang kerana dia menjadikan tangisan isterinya beberapa jam sebelum bernikah dengan wanita lain sebagai satu konten. Terbaru, satu akaun TikTok dikenali sebagai @userdeaaaaaa telah berkongsi tangkapan layar jawapan Abang Tesla selepas ditanya mengapa hendak berkahwin dua sedangkan seorang isteri sahaja sudah mencukupi.

Dalam komen balasan yang dibuat oleh influencer itu, dia ada menyebut perihal anak dan meminta agar warganet tidak banyak sembang dalam urusan rumah tangganya. “Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan banyak sembang,” tulisnya. Pengguna TikTok berkenaan juga sempat meluahkan rasa ralat dengan kata-kata influencer itu jika betul perkahwinan tersebut adalah disebabkan mahukan zuriat. Ujarnya, banyak lagi cara lain untuk mendapatkan cahaya mata iaitu dengan pelbagai rawatan yang sudah ada bagi pasangan yang menginginkan anak.

Walau bagaimanapun, komen dari influencer berkenaan sama sekali tidak dapat disahihkan sama ada betul ataupun tidak perkahwinan keduanya adalah disebabkan mahu cahaya mata. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang masih mengkritik Abang Tesla itu kerana mengeluarkan kenyataan yang pasti boleh mengguris hati setiap wanita. Ada juga yang akui terasa dengan komen tersebut lebih-lebih lagi yang sudah lama berumah tangga namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.