Belum habis lagi pasal kes Enot, tapi warganet perasan benda ni pula pada muka dia

Baru-baru ini nama pelakon, Enot hangat diperkatakan di media sosial gara-gara dakwaan sesetengah pihak yang melabelkannya sebagai wanita lesbian. Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah kemudiannya tampil menafikan perkara itu dalam satu kenyataan sebelum ini. Dalam pada kontroversi yang melanda Enot, ‘mata tajam’ warganet dapat merasakan ada perubahan pada penampilan dan juga wajahnya. Rata-ratanya mengatakan Enot kelihatan semakin cantik dan pandai menjaga penampilan berbanding sebelum ini.

Antara komen yang diterima adalah: “Enot? Nampak lain muka dia, lawa,” “Enot ke ni? Lain eh muka, cantik, kurus,” “Nampak Enot sekarang dah makin cantiklah,” “Kenapa Enot nampak lain? Makin cantik,” “Enot dah kurus, makin cantik,” Terdahulu, Enot sebelum ini juga didakwa sudah bersuamikan seorang pengkid. Namun Enot bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dan bersumpah atas nama ibunya bahawa dia masih mengetahui tentang hukum agama.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.