Mana-mana individu yang bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) boleh menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) iaitu pembayaran tol menggunakan kad debit atau kad kredit mulai hari ini. Kemudahan ini sekaligus memudahan kepada pemandu dalam proses pembayaran tol, selain dari kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, buat permulaan, hari ini sebanyak 6 lorong di Lebuhraya MEX akan dibuka untuk pengguna menggunakan kemudahan SPT itu.
“Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan sistem SPT di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September 2023. Pelaksanaannya kelak membabitkan Lebuhraya MEX, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).”
Lapor Buletin TV3, apabila ia dilaksanakan sepenuhnya kelak, sistem SPT akan membabitkan 12 lebuh raya merangkumi 31 plaza tol dan 81 lorong. “Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX adalah antara 12 lebuh raya terawal yang akan melaksanakan sistem SPT yang mana pengujian sistem sudah bermula pada Julai 2023 bagi memastikan kesediaan dan kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).”
Dalam pada itu, pihak KKR sentiasa dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang kini sedang dijalankan secara berperingkat oleh LLM bersama-sama syarikat konsesi lebuh raya. “Pelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan.”
“Sementara itu KKR ingin menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan baki kad debit/kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol.” “Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna boleh menggunakan kad bank lain ataupun kad TnG.” Mengenai cara penggunaan, beliau menjelaskan bahawa pengguna hanya perlu menyentuh kad pada tempat yang ditetapkan pada terminal SPT bagi memastikan kelancaran pembayaran tol secara SPT.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.