Terpegun bila tengok dia pakai baju pengantin India, kali ni Inspektor Sheila nak ajak Iqbal berlakon filem Tamil pulak

PENAMPILAN usahawan sensasi Iqbal Zulkefli memakai dhoti atau pakaian tradisional pengantin India mendapat pujian pegawai polis kontroversi, Inspektor Sheila. Terpegun melihat ketampanan Iqbal, Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata sahabatnya itu kelihatan seperti seorang raja apabila mengenakan busana berkenaan. “Awak membuat saya terkejut. Awak nampak sangat kacak dalam pakaian tradisi kami (masyarakat India). Awak kelihatan seperti raja.

“Awak betul-betul membuat saya rasa kagum. Kepada rakan-rakan semua, adakah anda suka dengan pemakaian Iqbal? Lelaki Melayu kalau pakai pakaian tradisional India, Shah Rukh Khan pun kalah,” katanya. Sheila menulis perkara tersebut di laman Facebook berserta beberapa keping foto Iqbal mengenakan dhoti berwarna merah keemasan. Dalam tulisannya itu, Sheila juga secara bergurau mempelawa Iqbal bergandingan dengannya dalam filem Tamil. “Awak pakai apa pun memang kacak. Orangnya dah dilahirkan kacak, tetapi kali ini awak betul-betul nampak berbeza.

“Awak dah boleh berlakon filem Tamil dengan saya. Terima kasih kerana menghargai bahasa tradisi dan budaya kami,” ujarnya.Sementara itu, menerusi ruangan komen Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, memberitahu dia banyak belajar tentang budaya masyarakat India selepas berkenalan rapat dengan Sheila. “Saya berterima kasih kerana Sheila banyak ajar saya perkara baru. Akhirnya saya dapat pakai pakaian cantik begini,” jelasnya. Hubungan mereka sebelum ini menjadi perhatian apabila Iqbal secara terbuka menyatakan harat untuk mengenali Sheila dengan lebih rapat lagi. Mereka pertama kali bertemu dalam satu sesi fotografi yang diaturkan mStar pada 7 Julai lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.