Ptvm tuntut untuk Perdana Menteri campur tangan tentang isu penggiat seni menanggur sebab tiada peluang kerja

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menuntut campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu perolehan rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menerusi satu kenyataan, Presiden PTVM iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli memberitahu masalah berbangkit itu telah memberikan kesan buruk kepada ramai penggiat seni termasuklah tiada peluang pekerjaan. Justeru itu, Jurey memohon kerajaan mengambil berat dan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini supaya nasib penggiat seni terbela.

“Untuk makluman tahun ini merupakan tahun paling sukar apabila sehingga ke hari ini kami masih lagi ternanti-nanti keputusan perolehan rancangan di RTM. Perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang penglibatan kami membekalkan program di RTM. “Hal sedikit sebanyak tinggalkan kesan kepada imej dan reputasi kerajaan Madani apabila ramai dalam kalangan anak seni yang terpaksa menganggur akibat tiada peluang pekerjaan,” katanya. Tambah Jurey, ada dalam kalangan pemain industri yang mengambil keputusan untuk beralih bidang memandangkan kurang tawaran yang diterima.

Dalam masa sama, dia juga memberitahu banyak syarikat produksi bergantung kepada RTM sebagai stesen kerajaan dalam memberi peluang pekerjaan penerbitan rancangan. “Majoriti syarikat penerbitan TV bergantung dengan perolehan RTM kerana hanya stesen kerajaan yang memberikan lebih peluang kepada syarikat-syarikat kecil untuk terlibat. “Demi kelangsungan hidup, penggiat seni berusaha dan bukan duduk sahaja dengan melakukan pelbagai kerja. Ini membuktikan penggiat seni tinggalkan karier seni kerana kurang tawaran atau tiada tawaran yang banyak berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Seementara itu, Jurey mencadangkan agar diadakan satu sesi taklimat bagi membincangkan isu berbangkit ini. Malah, PVTM juga memohon agar dapat diberikan bantuan dana bagi merancakkan lagi industri kreatif tempatan. “Kami memohon untuk memberikan taklimat dan cadangan bagi memperbaiki ekosistem industri yang lebih kondusif. Kita mempunyai Dasar Perfileman Negara dan Dasar Industri Kreatif Negara yang hanya berfungsi sebagai pernyataan tetapi tidak diperkasakan dalam perlaksanaan.

“PTVM berharap kerajaan membantu industri kreatif dengan memberikan dana urustadbir dan menjadikan kami sebagai rakan stratergik dalam menyampai dan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.