Tengah hangat pasal isu rumahtangga Nd Lala dan isteri, Shila Amzah akui berpisah adalah jalan terbaik

PENYANYI Shila Amzah berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan orang tuanya selepas ibunya iaitu Fauziah Sarman mendedahkan sudah berpisah dengan Datuk ND Lala. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, sebagai anak dia tidak mampu memaksa ibu bapanya terus bersama susulan mereka berdepan dengan pelbagai kemelut rumah tangga sebelum ini. Pada tahap ini kata Shila, dia berharap perpisahan itu akan memberi kebahagiaan kepada ibu bapanya selepas ini. “Anda semua janganlah risau akan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak berpisah ke, kahwin ke… itu semua jodoh.

“Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama… Anak-anak semua sudah besar. Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing… Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan,” katanya. Shila bekongsi perkara itu ketika membuat video siaran langsung bersama suami iaitu Ubai di TikTok pada malam Rabu. Semasa siaran langsung berkenaan, Shila dan Ubai menerima pelbagai pertanyaan daripada pengikut mereka berhubung rumah tangga Fauziah dan ND Lala.

Dalam pada itu, Shila berkata, sebagai anak sudah semestinya dia sedih dengan perpisahan ibu bapanya. Bagaimanapun, dia percaya perpisahan yang berlaku adalah terbaik buat kedua-duanya selepas sudah cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut. “Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergdh. “Jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa… Kalau setakat itu, setakat itu sahaja (jodoh). Mereka sudah cuba,” ujarnya.

Sementara itu, Ubai sebagai menantu pula meminta orang ramai agar mendoakan kebahagiaan ibu bapa mentuanya itu. “Mereka hanya perlukan sokongan daripada anak-anak dan orang ramai sahaja. Sokong dan doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka,” luahnya. Pada pagi Rabu, Fauziah berkongsi sudah bercerai menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya bagi mengelak kekeliruan mengenai status mereka. Kata Fauziah, ND Lala telah melafazkan talak terhadapnya di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan hanya memaklumkan perkara itu menerusi WhatsApp pada Selasa lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.